5,777 premis positif pembiakan Aedes direkodkan di Melaka
AYER KEROH 12 Sept. – Sebanyak 5,777 premis positif pembiakan nyamuk Aedes direkodkan di negeri ini menerusi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang dicatat dalam tempoh sehingga 29 Ogos lalu telah mengeluarkan sebanyak 704 kompaun dengan jumlah sebanyak RM352,000 direkodkan di negeri ini.
Ujarnya, dalam jumlah terbabit sebanyak 117 Perintah Notis (Seksyen) 18 telah dikeluarkan JKN Melaka daripada 100,325 premis yang diperiksa daripada ketiga daerah di Melaka.
“Kes demam denggi di Melaka telah mencatat peningkatan lebih 17 peratus dengan jumlah sebanyak 1,847 kes dengan lima kematian direkodkan sehingga 5 September dari seluruh daerah di Melaka.
“Isu utama yang menyumbang kepada perkara ini adalah berpunca daripada masalah kebersihan dan masyarakat perlu mementingkan nilai kebersihan di rumah dan kawasan sekitarnya.
“Perkara berulang yang berlarutan terlalu lama ini perlu dipandang serius oleh semua pihak malah mereka perlu peka dengan isu kebersihan di rumah dan kawasan sekitar mereka bagi mengelakkan wabak ini merebak dan terus meningkat di Melaka,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Views:
Related
Berita Lain
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...