Sorting by

×

Polis Melaka gerakkan 308 keanggotaan bantu PRN Johor

Masa Membaca:59 Saat

BEMBAN 22 Feb – Seramai 308 pegawai dan anggota polis kontinjen Melaka ditugaskan untuk membantu melancarkan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, bantuan penugasan itu melibatkan pelbagai jabatan daripada tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kontinjen negeri.

“Sementara itu 70 anggota lagi diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Pegawai dan anggota terbabit dihantar ke Johor secara berperingkat manakala daripada segi bantuan aset, kita turut menggerakkan unit Light Strike Force (LSF) dan trafik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Bemban, Jasin yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Razali Abu Samah dan Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mispani Hamdan.

Abdul Majid berkata, selain memberi bantuan tenaga manusia, pihaknya turut bersedia berkongsi pandangan dan pengalaman PRN Melaka bersama kontinjen Johor.

“Berdasarkan pengalaman PRN Melaka dalam tempoh pandemik ini, kita kongsikan dengan polis kontinjen Johor supaya sebarang masalah yang timbul pada PRN Melaka ditambah baik pada PRN Johor sekali gus pelaksanaannya bertambah baik.

“Kita punya hasrat adalah berkongsi pengalaman dan pengetahuan selain menghantar ‘manpower’ kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1231
Kongsi :
Previous post JKM cari waris bayi perempuan ditinggal dalam bakul pakaian
Next post 10 pasangan ikat tali cinta tarikh istimewa 22.2.22
Ubah saiz-+=