
552 kes COVID-19 pada ME 15 di Melaka
AYER KEROH 22 April – Sejumlah 552 kes baharu COVID-19 direkodkan di negeri ini pada Minggu Epidemiologi 15 (ME 15) setakat 15 April lalu.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, kes penularan baharu itu meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding 547 minggu sebelumnya.
Katanya jumlah keseluruhan COVID-19 dicatatkan adalah sebanyak 147,156 dengan purata kes bagi tujuh hari pada ME 15 adalah 79.
“Sepanjang ME 15 juga tiada kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan bagaimanapun terdapat satu kematian direkodkan,” katanya menerusi kenyataan.
Hee Sem berkata, Negeri Melaka turut mencatatkan empat kluster aktif daripada pendidikan dilaporkan.
Menurutnya meskipun negara berada dalam Fasa Peralihan COVID-19 tetapi penularan jangkitan wabak itu masih dilaporkan berlaku dalam kalangan masyarakat.
“Justeru itu usaha mengawal penularan dengan mengamalkan 3W, pemakaian pelitup muka terutamanya dikawasan sesak perlu diamalkan sebagai langkah pencegahan.
“Selain itu, sekiranya ujian COVID-19 didapati positif, individu perlu melaporkan keputusan dan asingkan diri. Saya juga meminta orang ramai agar menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam musim perayaan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...