50,000 DIJANGKA MERIAHKAN ICAF 2024

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Sehingga 50,000 pengunjung dijangka akan hadir bagi bersama-sama memeriahkan penganjuran pelbagai program disusun sepanjang International Cultural and Arts Festival (ICAF) 2024 di Pengkalan Ramai, pada 21 hingga 27 Oktober depan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, penganjuran acara antarabangsa selama enam hari itu turut membabitkan Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa 2024 (CIOFF).

“Program ini merupakan anjuran Institut Warisan Melaka (INSWA) dengan kerjasama CIOFF Malaysia.

“Antara pengisian program adalah persembahan kebudayaan di beberapa lokasi pelancongan utama di Melaka antaranya Menara Taming Sari, pusat beli-belah Mahkota Parade dan Bangunan Stadthuys,

“Menerusi program ini akan ada penglibatan domestik seperti wakil dari Sabah, Sarawak dan Melaka, sementara itu dari luar negara akan ada wakil dari Uzbekistan, Filipina, Korea Selatan serta Thailand,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media International Cultural and Arts Festival@Sungai Melaka (ICAF) 2024 di Kota Cemerlang di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan serta Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Sa’ari Basiron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

570
Kongsi :
Previous post RANGKA PENYELESAIAN JANGKA PENDEK DAN PANJANG ATASI BANJIR
Next post BANJIR TERBURUK DI KAMPUNG KILANG BERAPI
Ubah saiz-+=