50,000 banjiri sambutan Maal Hijrah Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

PAYA RUMPUT 6 Julai – Dianggarkan kira-kira 50,000 umat Islam di negeri ini hadir ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di Stadium Hang Jebat, di sini, malam ini.

Majlis penuh kesyukuran itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri; Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah; Barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan serta lain-lain kenamaan.

Majlis sambutan itu dimulakan dengan bacaan yasin dan kesyukuran oleh muslimin muslimat yang hadir.

Ia disusuli bacaan doa akhir tahun oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil sebelum azan maghrib berkumandang dan diikuti bacaan doa awal tahun selepas azan maghrib.

Umat Islam yang hadir kemudiannya menunaikan solat maghrib berjemaah di stadium berkenaan.

Sambutan pada malam itu diteruskan dengan acara utama iaitu ucapan perasmian dan Majlis Penyampaian Tokoh Maal Hijrah oleh Ketua Menteri.

Img 20240706 214613 604
AB Rauf bersama kenamaan ketika merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di Stadium Hang Jebat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’, sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Melaka turut diwarnai dengan ceramah istimewa yang disampaikan pendakwah terkenal dari Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad.

Tinjauan Melaka Hari Ini( MHI) mendapati kawasan stadium mula dibanjiri umat Islam sejak jam 5.30 petang lagi bagi bersama-sama meraikan sambutan tahun baharu umat Islam berdasarkan kalendar hijrah.

Selain program keagamaan, sambutan itu turut diserikan dengan jualan pelbagai jenis makanan, selain persembahan nasyid, qasidah serta pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6504
Kongsi :
Previous post Melaka komited bangunkan masyarakat luar bandar
Next post Melaka beri Anugerah Murabbi Nusantara kepada Ustaz Abdul Somad
Ubah saiz-+=