Sorting by

×

5,000 PESERTA MERIAHKAN ACARA RENTAS DESA, FUN WALK

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

TANJUNG BIDARA 16 Februari – Kira-kira 5,000 peserta menyertai acara Merentas Desa dan Fun Walk sempena Majlis Penutup Karnival Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati Dan Sukan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka Tahun 2025 di Pantai Tanjung Bidara, pagi tadi.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama isteri, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab. Aziz pada jam 7.30 pagi.

Turut hadir pada acara itu Speaker Dewan Undangan Negeri,  Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Yang turut hadir adalah pegawai kanan Tentera  Darat Malaysia iaitu, Panglima Divisyen Ke-3 Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad serta Asisten Ketua Staff Bahagian Operasi dan Latihan, Markas Angkatan Tentera Malaysia,  Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin.

Acara berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta pelbagai peringkat usia melibatkan lelaki, wanita, kanak-kanak dan mereka yang  datang bersama keluarga.

Sambutan amat menggalakkan itu membuktikan usaha untuk mengakrabkan lagi hubungan antara warga tentera dan orang awam menerusi aktiviti sukan mencapai objektifnya.

Acara merentas desa itu melibatkan tiga kumpulan iaitu lelaki veteran, terbuka dan b16, sementara itu kumpulan kedua adalah wanita terbuka, perempuan b16 dan b12 serta lelaki b12).

Manakala bagi kumpulan ketiga adalah acara ‘Fun Walk ‘Uniform Spirit’ yang turut disempurnakan oleh Ab Rauf.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

245
Kongsi :
Previous post IBU RENTAS DESA SAMBIL ‘HEALING’
Next post TENTERA DARAT JUARA KESELURUHAN SUKAN ANTARA BADAN BERUNIFORM PIALA KETUA MENTERI MELAKA