Sorting by

×

500 KHATAM AL-QURAN DI AYER LIMAU

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER LIMAU 23 Mac – Seramai 500 peserta membabitkan golongan wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berjaya khatam al-Quran di bulan Ramadan tahun ini.

Kesemua peserta tersebut merupakan pecahan mengikut 25 lokasi membabitkan masjid, surau serta kariah dalam DUN tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kesemua 500 peserta dari 25 lokasi tersebut dikumpulkan di Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar bagi cara kemuncak tersebut.

“Khatam al-Quran libatkan semua masjid, surau di dalam kawasan DUN Ayer Limau. Terdapat lebih daripada 25 lokasi bertadarus sama ada di masjid, surau atau di rumah dalam DUN ini.

“Kami menghimpunkan semua golongan wanita yang bertadarus ini, sejumlah kira-kira 500 orang terlibat dengan tadarus al-Quran dan ini adalah kemuncak di mana setiap mereka terlibat akan khatam al-Quran secara berkelompok.

“Ini adalah acara tahunan yang mana penganjuran kali ini adalah yang kedua dan insya-Allah, program sebegini akan menjadi aktiviti tradisi setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui selepas Program Cahaya Ramadan Sempena Majlis Khatam Al-Quran DUN Ayer Limau di Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar, di sini, semalam.

Terdahulu, pada program yang sama, Hameed turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan serta wang tunai kepada 100 asnaf dalam DUN tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

14
Kongsi :
Previous post 600 TELUR, JUADAH BERBUKA SANTUNI ORANG FELDA BUKIT SENGGEH
Next post WARNA-WARNI MALAM 7 LIKUR SUNGAI RAMBAI