Sorting by

×

500 BELIA ‘BERKAMPUNG’ TUKAR PENDAPAT, PANDANGAN SEMPENA TUAH

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

AYER KEROH 24 Februari – Lebih 500 belia memanfaatkan kesempatan ‘berkampung’ pada program Townhall Untuk Anak Muda Hari Ini (TUAH) untuk menyuarakan pandangan dan hasrat selain berkongsi serta bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai bidang.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, TUAH hasil cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu melibatkan peserta dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Jelasnya, wacana TUAH dibahagikan kepada enam kluster iaitu Kelestarian Ekonomi; Pembangunan Belia dan Sukan; Sains dan Teknologi; Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian serta Politik yang mana kemudiannya disatukan menjadi resolusi.

“Meskipun sebelum ini kerajaan menganjurkan pelbagai program di kawasan kampung  tetapi belia ini tidak dapat turut serta dan gagal dicapai kerana mereka tinggal di luar. Berikutan itu kita ambil inisiatif untuk kumpulan mereka menerusi sesi townhall ini.

“Menerusi penganjuran ini belia diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan menerusi perbincangan dalam kluster, seterusnya cadangan mereka Kerajaan Negeri ambil maklum, ada yang mungkin boleh digunakan untuk ditambah nilai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program TUAH yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Terdahulu, bersempena penganjuran TUAH, Ketua Menteri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Mahasiswa Anak Melaka.

Pada program sama, seramai enam individu diangkat sebagai Tokoh TUAH antaranya Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTeM Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif.

Mengulas lanjut Khaidhirah berkata, penganjuran wacana itu akan diteruskan lagi kerana masih ramai anak-anak Melaka yang berada di luar negeri ini yang perlu disantuni.

“Sudah tentu bukan penganjuran yang terakhir,  kerana ini adalah kelompok pertama, insya-Allah kita akan bergerak tidak kira dalam skala besar atau kecil, tetapi yang pastinya kita akan berhubung dengan mereka,” katanya.

EndsLanggani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

117
Kongsi :
Previous post ‘RIVER GUARDIAN BOAT’ LANCARKAN KERJA BERSIHKAN SUNGAI MELAKA