50 peratus sekolah di Melaka tubuh Kelab Rukun Negara

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

SUNGAI UDANG 10 Oktober – Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka merekodkan kira-kira 50 peratus daripada semua sekolah di Melaka telah menubuhkan Kelab Rukun Negara.

Pengarahnya, Intan Suhana Yusuff berkata, pihaknya akan memastikan setiap sekolah di negeri ini akan menubuhkan kelab berkenaan bagi memastikan nilai-nilai murni dan falsafah dalam mendalami Rukun Negara dapat diperkasakan.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi memastikan hasrat Kementerian Perpaduan Negara dapat dicapai untuk menyuntik kesedaran pelajar dan pemahaman dalam kepentingan Rukun Negara.

“Kita mendapati ada beberapa sekolah lain khususnya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil rata-ratanya belum lagi menubuhkan kelab ini di Melaka .

“Dan kita akan memastikan hasrat kementerian ini akan diperkasakan ke seluruh sekolah di Melaka supaya bergiat aktif untuk menganjurkan pelbagai acara berkaitan perpaduan sekali gus mengutuhkan jalinan antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kembara Perpaduan Pantun Perpaduan Peringkat Negeri Melaka 2023 dirasmikan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem di Sekolah Menengah Sains Alor Gajah, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Kelab Rukun Negara yang diperkenalkan kerajaan banyak membawa manfaat kepada pelajar sekolah sebagai salah satu strategi utama untuk mengukuhkan perpaduan diantara kaum.

Menurutnya, menerusi kelab terbabit pelbagai penganjuran membabitkan perpaduan akan dilaksanakan seperti pertandingan pantun, pidato dan sebagainya untuk menggalakkan penyertaan dalam kalangan ahli.

“Seperti hari ini, penganjuran pertandingan yang diadakan ini adalah dalam kalangan ahli Kelab Rukun Negara.

“Jadi, apabila sesebuah pertandingan diadakan dan membuka penyertaan kepada ahli-ahli kelab di sekolah ia sekali gus akan menyuntik sekolah-sekolah lain yang belum mempunyai Kelab Rukun Negara untuk terus menubuhkan kelab ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1009
Kongsi :
Previous post Pertandingan pantun diperluas sehingga ke SJK Cina dan Tamil utuhkan perpaduan kaum
Next post Keputusan rayuan NGO berhubung isu sekolah vernakular diketahui 23 Nov
Ubah saiz-+=