
50 orang awam terperangkap dan terputus bekalan makanan diselamatkan di Kenaboi
SEREMBAN, 22 Dis – Seramai 50 orang awam yang terperangkap dan terputus bekalan makanan serta ubatan susulan banjir yang melanda Taman Negeri Kenaboi, Jelebu, dua hari lepas diselamatkan Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD).
Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) dua pegawai dan 23 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 15 RAMD diatur gerak membantu mangsa banjir di lokasi tersebut.
“Terdahulu, beberapa anggota tentera telah menemukan tiga orang awam yang sedang mencari bekalan makanan pada 11.15 pagi. Susulan itu, satu kumpulan tinjau diatur gerak untuk mencari laluan masuk dan mengenal pasti jumlah orang awam yang memerlukan bantuan,” katanya.
Jelasnya daripada jumlah itu seramai 31 orang bersetuju untuk dibawa keluar dan ditempatkan di Kem Rekreasi Bukit Perjuangan manakala baki 19 orang yang enggan keluar telah dimaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jelebu untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, gerakan mencari dan menyelamat seperti ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...