
50 kediaman di Kuala Linggi terjejas banjir kilat
KUALA LINGGI 2 September – Lebih 50 kediaman di beberapa kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi terjejas akibat kejadian banjir kilat susulan hujan lebat awal pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah berkata, antara lokasi terjejas adalah Kampung Guan, Kampung Baru dan Kampung Telok Gong.
“Saya bersama penghulu dan wakil daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sudah melawat lokasi untuk melihat sendiri keadaan mangsa yang terjejas.
“Mangsa terjejas dinasihatkan untuk membuat laporan polis, mengepilkan salinan kad pengenalan, bil utiliti dan gambar kediaman mereka yang dinaiki air bagi tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, borang bencana boleh diisi di Pejabat Japerun Kuala Linggi dan bagi sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian 06-3876428.
Selain itu menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta berwaspada bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BENTUK MAHASISWA HARUMKAN NAMA MASJID TANAH
LENDU 16 Mac - Lebih 200 penuntut universiti diraikan pada program Meet & Iftar Mahasiswa Masjid Tanah berlangsung di sebuah...
AHLI KRT BERGOTONG-ROYONG SIAPKAN BUBUR LAMBUK
DUYONG 16 Mac - Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari 10 KRT bergotong-royong menyiapkan 15 kawah bubur lambuk bersempena Program...
POLIS TUMPAS SINDIKET DADAH SASAR NELAYAN
KUALA LUMPUR 15 Mac - Seramai 24 individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah dirampas...
INFRASTRUKTUR 11 TAMAN PERUMAHAN DINAIK TARAF – MPHTJ
AYER KEROH 16 Mac - Penduduk di 11 taman perumahan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal...
JAIM ANJUR HAMPIR 100 PROGRAM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 16 Mac - Hampir 100 program keagamaan dan kerohanian telah dirancang dan dianjurkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)...
BEBERAPA LALUAN DI MASJID TANAH AKAN DIKAJI SEMULA
AYER KEROH 16 Mac - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah akan mengkaji semula...