
50 BELIA MELAKA TERIMA SUMBANGAN KIT MAKANAN SEMPENA DEEPAVALI
MASJID TANAH 20 Oktober – Kira-kira 50 Belia India Negeri Melaka yang bakal menyambut perayaan Deepavali menerima sumbangan pada Karnival Deepavali Masjid Tanah, malam tadi.
Program tersebut merupakan anjuran Pemuda MIC Negeri Melaka bersama Malaysian Indian Youth Council (MIYC) Cawangan Masjid Tanah.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam berkata sumbangan Deepavali tersebut berupa kit makanan.
Beliau yang juga Pengerusi MIC negeri memaklumkan sumbangan kit makanan tersebut telah disumbangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam usaha membantu meringankan beban penerima dalam menyambut perayaan yang akan tiba.
“Sumbangan kit makanan ini diberikan kepada 50 penerima terdiri daripada golongan belia India dari lima bahagian seluruh Negeri Melaka.
“Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan mereka yang bakal menyambut pesta cahaya kurang daripada 10 hari lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...