Sorting by

×

5 MOTOSIKAL BERGESEL ELAK LOPAK AIR, SEORANG MAUT

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KLEBANG 20 Oktober – Seorang pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah motosikal di Jalan Persisiran Pantai Klebang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa Muhammad Amirul Mohd Sukri, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kelima-lima motosikal terlibat dalam kemalangan itu sedang dalam perjalanan dari arah Pusat Bandar Melaka menghala ke Klebang.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal terlibat bergesel sesama sendiri untuk mengelak lopak air di lorong kiri.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah terjatuh di atas permukaan jalan di lorong kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua lagi penunggang motosikal mengalami luka di seluruh badan dan dirawat di zon hijau Hospital Melaka, manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa yang maut telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kejadian,” katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih diteruskan memandangkan tiada saksi bebas atau rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

“Kesemua kenderaan terlibat dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3769
Kongsi :
Previous post ARCA ‘WTD 2025’ HIASI LOKASI IKONIK MELAKA
Next post MBMB TERBUKA JALIN KERJASAMA DUA HALA DENGAN IPT
Ubah saiz-+=