5 KAWASAN DI MELAKA TENGAH, ALOR GAJAH DILANDA BANJIR KILAT

Masa Membaca:40 Saat

AYER KEROH 12 September – Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Durian Tunggal, Ayer Limau dan Lendu.

Di Ayer Keroh, kawasan terjejas dengan banjir kilat ialah Kampung Sungai Putat dengan anggaran tujuh buah rumah, manakala Durian Tunggal pula membabitkan Kampung Bukit Balai.

Banjir kilat di Ayer Limau pula melibatkan dua kawasan iaitu Kampung Paya Lebar dan Kampung Ramuan China Besar, manakala satu kawasan di Lendu iaitu Taman Masjid Tanah Ria.

Buat masa ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, namun kesemua agensi berkaitan sedang membuat pemantauan berterusan di kawasan terlibat banjir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

11692
Kongsi :
Previous post FITNAH MANGSA INSIDEN BALAI ULU TIRAM: TUKANG CUCI DIPENJARA TUJUH HARI, DENDA RM800
Next post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA: PENYERTAAN LEBIH 20 ACARA MASIH DIBUKA
Ubah saiz-+=