
49 MUALAF MELAKA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 19 Mac – Seramai 49 mualaf di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjaya khatam al-Quran dalam bulan Ramadan tahun ini.
Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis berkata, program khatam al-Quran itu telah bermula sejak 3 Mac lalu dan kesemua mualaf terlibat berjaya menghabiskan 30 Juzuk pada 18 Mac.
“Kita meraikan peserta tadarus al-Quran yang terdiri daripada tujuh peserta lelaki dan 42 peserta wanita yang semuanya adalah dalam kalangan mualaf.
“Kejayaan mereka ini kita raikan kerana usaha bertadarus dan alhamdulillah kesemuanya berjaya khatam al-Quran,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaiāe Mualaf Sempena Hari Nuzul Quran Tahun 2025/1446Hijrah di sebuah hotel, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Hairulamin berkata, susulan kejayaan khatam al-Quran itu, MAIM turut memberikan sumbangan berupa sijil dan wang tunai untuk peserta mualaf terlibat.
“Kita beri hadiah kepada peserta ini sebagai galakan supaya mudah-mudahan pada tahun mendatang akan lebih ramai yang dapat khatam pada bulan mulia ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...
RENTAK BERTANDAK MELAKA PAMER KEUNIKAN BUDAYA SERUMPUN
AYER KEROH 16 April - Program Rentak Bertandak Antarabangsa 2025 yang merupakan acara kebudayaan nusantara akan diadakan di Melaka pada...
KEMUNCAK WRUR LENDU, SUNGAI UDANG PADA 31 MEI
ASAHAN 16 April - Perasmian penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan DUN...
2025 DAN 2026, PELANCONGAN MELAKA ‘TIDAK BEREHAT’
SERI NEGERI 16 April - Sektor pelancongan Melaka kembali meriah tahun lalu susulan kejayaan penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024...