
‘Lambat sebab ronda kawasan ‘ – Dira
MERLIMAU 20 Nov – “Tradisi boleh berubah, saya rasa selagi saya menjalankan tanggungjawab (mengundi) tak kisahlah (waktu) kan”.
Itu reaksi calon Barisan Nasional (BN) DUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar yang lewat membuang undi pada jam kira-kira 3.18 petang di SK Merlimau 1, sebentar tadi.
Beliau yang tiba pada jam 3.10 petang mengenakan baju kurung berwarna biru muda memilih untuk datang pada sebelah petang berbanding calon-calon lain yang tiba awal pagi di pusat pengundiaan.

“Saya lambat hari ini sebab pergi round (melihat proses pengundi) di kawasan saya dan Alhamdulilah ianya berjalan lancar.
“Ya itu jadi tradisi (calon datang awal) tapi itu tidak menjadi hukum asasi, jadi selagi saya sempat keluar mengundi sebelum waktu tamat, selagi saya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi tak kisahlahkan,” katanya.
Beliau bagaimanapun yakin pengundi PRN Melaka sekurang-kurangnya mampu untuk mencapai 70 peratus.
“Kadang-kadang dua jam terakhir ni, pecutan terakhir, apa sahaja boleh berlaku jadi Insyallah harapnya dapat capai (lebih 70 peratus),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...
MELAKA PANTAU KEBERSIHAN PASAR RAMADAN
PENGKALAN BATU 5 Mac - Kesemua pasar Ramadan yang beroperasi di negeri ini akan dipantau secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan...
MELAKA BENARKAN JUALAN BUNGA API, MERCUN 20 HARI SEBELUM RAYA
AYER KEROH 5 Mac - Polis Melaka membenarkan penjualan mercun dan bunga api secara terbuka bermula Selasa depan. Ketua Polis...