
46 cerucuk besi dipasang kawal pergerakan tanah di Puchong
KUALA LUMPUR, 18 Dis – Sebanyak 46 cerucuk besi dipasang setakat ini bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong di sini, susulan kejadian tanah runtuh Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan dalam kenyataan berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk besi itu dimulakan sejak semalam.
Beliau berkata terdapat pergerakan tanah dikesan melibatkan simen di depan pintu pagar beberapa rumah runtuh semalam.
“Sebuah kenderaan Honda City dikeluarkan menggunakan kren pada 6 petang semalam,” katanya.
Sementara itu, Anbalagan berkata pusat pemindahan sementara yang menempatkan lapan orang daripada satu keluarga ditutup secara rasmi 9 malam tadi.
Pada Sabtu lepas, seramai 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.
Sebelum ini dilaporkan sebanyak 375 cerucuk besi akan dipasang bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan itu, selain sebuah kereta Honda City yang diparkir di tepi jalan dilihat terjunam ke dalam gaung akibat kejadian berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...