
46.7 peratus rakyat Melaka sudah mendaftar vaksin
AYER KEROH 19 Mei. – Jumlah individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin di negeri ini mencecah 327,101 orang atau 46.7 peratus.
Menurut statistik dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, jumlah itu meliputi 46.7 peratus daripada 701,000 populasi rakyat di negeri ini yang berusia 18 tahun dan memenuhi kriteria bagi menerima vaksin.
“Daerah Alor Gajah merekodkan pendaftaran seramai 68,214 daripada 153,000 orang atau 46.7 peratus individu yang memenuhi kriteria untuk menerima vaksin.
“Manakala daerah Melaka Tengah merekodkan pendaftaran seramai 209,358 daripada 431,500 individu atau 48.5 peratus.
“Bagi daerah Jasin, seramai 49,529 daripada 116,500 individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin telah direkodkan atau 42.5 peratus,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...