Sulaiman tiba di pusat penamaan DUN Lendu
LENDU 8 Nov – Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali tiba di pusat penamaan calon di Kompleks Japerun Lendu pada jam 9 pagi tadi.
Ketibaannya di pintu masuk diiringi Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum Sulaiman masuk ke perkarangan dewan bersama pencadang dan penyokongnya.
Terdahulu, beliau dilihat berjalan kaki sejauh 400 meter ke pusat penamaan calon selepas bersarapan di bersarapan di sekitar Stesen Bas Masjid Tanah.
Sementara itu, pencabarnya, Mohd Asri Ibrahim mewakili Pakatan Harapan tiba di pusat penamaan pada jam 8.37 pagi.
Ia disusuli calon Bersatu dari Perikatan Nasional (PN), Abdullah Mahadi yang turut tiba bersama penyokong dan pencadangnya pada jam 8.45 pagi tadi.
Calon yang tiba diarahkan duduk sementara di luar pusat penamaan calon selepas menjalani pemeriksaan suhu dan pengesanan MySejahtera kemudiannya dibenarkan masuk tepat jam 9 pagi tadi.
Perkarangan pusat-pusat penamaan calon dihadiri sekumpulan wakil media pelbagai agensi mula ‘berkampung’ seawal jam 7 pagi tadi.
Cuaca cerah pada sebelah pagi dengan keadaan lalu lintas yang lancar berjaya dikawal anggota trafik dan menunjukkan tiada kesesakan berlaku di lokasi terletak di tepi jalan utama itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA MEDAN PERKENAL MAKANAN WARISAN KEPADA GENERASI MUDA
BANDA HILIR 29 Disember - Festival Masakan Warisan Melaka 2024 dijadikan medan untuk memberi pendedahan meluas mengenai makanan warisan kepada...
HUJAN LEBAT BERTERUSAN DIRAMAL LANDA TERENGGANU, KELANTAN, PAHANG SEHINGGA ESOK
KUALA LUMPUR 29 Disember - Hujan lebat berterusan dijangka melanda seluruh Terengganu sehingga esok mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). MetMalaysia...
UTAMAKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DUN MERLIMAU
AYER KEROH 29 Disember - Mengurangkan jumlah murid belum menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) antara fokus Ahli Dewan Undangan...
‘RONGGENG’ TARIAN SOSIAL NUSANTARA
BANDA HILIR 29 Disember - Terkenal di seluruh nusantara, tarian ronggeng dibawa ke negeri Melaka sebagai salah satu tarian sosial...
RENTAK BERTANDAK ‘HIDUPKAN’ MALAM MINGGU DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 29 Disember - Perkarangan Bangunan Stadhuys, di sini, dibanjiri ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara bersempena Program...
PENJAWAT AWAM MELAKA BERSYUKUR TERIMA ‘DURIAN RUNTUH’
AYER KEROH 28 Disember - "Berbanding tahun sebelum, tahun ini penantiannya begitu mendebarkan tetapi berbaloi. Terima kasih Kerajaan Negeri dan...