
450 Jalur Gemilang diagihkan di DUN Lendu
MASJID TANAH 28 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali turun padang bagi mengedarkan Jalur Gemilang sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Merdeka@Komuniti DUN Lendu hari ini.
Kehadiran beliau di Pasar Awam Masjid Tanah pada jam 11 pagi disambut Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Melaka (JaPen), Mohd Rizal Hashim dan lain-lain kenamaan.
Pada program itu, Sulaiman berkesempatan mengagihkan sebanyak 300 Jalur Gemilang dan bahan penerbitan kepada wakil peniaga di pasar berkenaan.

Selain itu, Ketua Menteri turut membuat gimik memasang Jalur Gemilang pada kenderaan-kenderaan orang awam yang lalu di kawasan itu.
Program diadakan itu bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya di Melaka biarpun tidak dapat disambut seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sejurus selesai mengedarkan Jalur Gemilang di pasar berkenaan, Sulaiman turut mengadakan Ziarah Kasih di Taman Cahaya Mas, Masjid Tanah.
Pada Ziarah Kasih itu sebanyak 150 Jalur Gemilang telah diagihkan di setiap rumah penduduk, beliau kemudiannya mengakhiri program kira-kira pada jam 12 tengahari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.