45 penagih dadah ditahan di Pasir Panjang

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PORT DICKSON 7 Sept – Seramai 45 individu termasuk warga emas berusia 70 tahun disyaki penagih dadah, ditahan menerusi Op Sarang di ladang kelapa sawit di Pasir Panjang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, ketika serbuan, sekumpulan lelaki berada di kawasan berkenaan cuba melarikan diri, namun gagal kerana sudah dikepung oleh sepasukan anggota polis dalam operasi bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Katanya kesemua mereka berusia 21 tahun hingga 70 tahun itu ditahan dalam operasi dilakukan hasil maklumat orang awam, yang memaklumkan kawasan itu merupakan ‘sarang’ baharu penagihan dadah.

KETUA Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed.

“Dalam serbuan itu, pihak polis merampas paket lutsinar yang mengandungi dadah berbahaya disyaki heroin seberat 49.61 gram (g), tiga tiub straw pendek yang mengandungi dadah disyaki jenis heroin seberat 0.65g dan 14 paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 11.55g,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua individu berkenaan positif dadah, iaitu seorang daripada mereka positif methamphetamine manakala 44 individu positif morfin.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

909
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak hilang ditemui terapung di lombong
Next post 446 usahawan terima RM1,000 menerusi Dana Bantuan Kasih Niaga
Ubah saiz-+=