Sorting by

×

44 rumah di DUN Paya Rumput rosak akibat ribut

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KRUBONG, 22 Feb – Sebanyak 44 buah rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput terjejas ekoran kejadian ribut yang melanda negeri ini, petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin mengesahkan perkara itu selepas meninjau dan melawat mangsa ribut di beberapa kawasan antaranya Kampung Tanah Merah, Kampung Sungai Badau dan Kampung Lanjut Manis.

Rais berkata, pihak JAPERUN, pemimpin tempatan dan pihak berkuasa yang berkaitan sudah diarahkan agar mengambil tindakan pantas serta sewajarnya bagi membantu mangsa terjejas.

“Pada malam ini (semalam) saya pun ada menyampaikan sumbangan peribadi dan meminta penghulu kawasan berserta pihak JAPERUN untuk membuat tinjauan kembali bagi membuat laporan penuh kepada pejabat daerah.”

“Dengan cara ini, kita dapat menyegerakan bantuan kepada mereka terutama yang terjejas teruk rumahnya dan tidak boleh tinggal lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Rais berkata, kejadian ribut yang bukan sahaja menerbangkan bumbung rumah, malah merosakkan bahagian-bahagian lain adalah paling teruk sepanjang beliau tinggal di DUN berkenaan.

ZINK yang rosak akibat kejadian ribut.

“Ribut ini semua bermula pada jam 6 lebih petang tadi (semalam) memang tak lama dalam 10 hingga 15 minit terus mengangkat bumbung dan keadaan rumah yang saya tengok tadi memang terjejas semua di bahagian bumbung, garaj dan dapur rumah”

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada sebarang laporan kecederaan yang diterima setakat ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1020
Kongsi :
Previous post Akta Antipemerdagangan Orang, Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 berkuat kuasa hari ini
Next post Bukit Gapis Gunung Melaka simpan sejarah tersendiri
Ubah saiz-+=