Sorting by

×

44 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS

Masa Membaca:35 Saat

ALOR GAJAH 13 November – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan dia dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Alor Gajah meningkat kepada 44 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan berkata, jumlah mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek dan PPS Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal kini seramai 44 mangsa berbanding 40 orang tengah malam tadi.

“Seramai 11 mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek manakala 33 lagi ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Durian Tunggal,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan yang masih terjejas banjir adalah Kampung Gadek; Kampung Bukit Tambun; Kampung Bukit Balai; Kampung Belimbing; Kampung Pulau dan Pengkalan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2106
Kongsi :
Previous post Lagu asli tidak bosan jika faham maksudnya
Next post Aktif temui komuniti Cina
Ubah saiz-+=