
44 balu, 26 anak yatim terima sumbangan di majlis iftar PDRM Melaka bersama TYT, KM
BUKIT BERUANG, 20 April – Polis Kontinjen Melaka meraikan seramai 70 penerima termasuk 26 anak yatim dan 44 orang balu serta ibu tunggal dalam sebuah majlis iftar di Surau Al-Majid, Perumahan Polis Seri Temenggong, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.
Dalam majlis itu, kesemua penerima yang dipilih menerima sumbangan berupa duit raya, bakul makanan kering dan produk makanan sempena Aidilfitri yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dan lain-lain kenamaan.
Simboliknya, majlis yang disertai oleh kira-kira 350 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka dari pelbagai jabatan itu menunjukkan keprihatinan pasukan beruniform itu dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
Ia sekali gus dapat mengeratkan hubungan dengan barisan pemimpin tertinggi negeri yang selama ini menjadi tulang belakang kepada mutu perkhidmatan pasukan kontinjen Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.