
438,220 individu sudah lengkapkan vaksinasi COVID-19
KUALA LUMPUR 17 April. – Seramai 438,220 individu menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata bagi tempoh sama seramai 687,176 individu menerima suntikan dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin COVID-19 yang telah diberikan kepada penerima di seluruh negara sebanyak 1,125,396 dos.
Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan bilangan terbesar penerima dos pertama ialah Selangor (97,416), Kuala Lumpur (78,086), Sarawak (67,624), Johor (63,295) dan Perak (56,295).
Lima negeri yang merekodkan jumlah tertinggi penerima yang telah melengkapkan dos vaksin mereka setakat ini ialah Selangor dengan 63,126 individu, Perak (48,795), Sabah (43,033), Kuala Lumpur (38,642) dan Sarawak (33,291).
Mengenai jumlah mereka yang mendaftar untuk program imunisasi itu, Dr Adham berkata setakat semalam, seramai 8,902,528 orang atau 36.4 peratus daripada yang disasarkan telah mendaftar, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,347,091.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...