
432 kes positif COVID-19 direkodkan hari ini
Masa Membaca:25 Saat
MELAKA 5 Okt. – Malaysia hari ini mencatatkan kes harian positif wabak COVID-19 tertinggi dengan 432 kes, selepas merekodkan 293 kes semalam.
Menerusi infografik dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dari 432 kes itu, 429 darinya merupakan kes tempatan dan tiga darinya adalah kes import.
Sementara itu, 2,336 jumlah kes aktif direkodkan, dengan 32 darinya sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lapan darinya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, 57 kes sembuh direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif 10,340 iaitu 80.70 peratus
Views:
209