Sorting by

×

41 HOTEL, DUA KILANG AIS DIBERI NOTIS ATAS PELBAGAI KESALAHAN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 5 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengeluarkan 36 notis yang turut membabitkan 14 kompaun bernilai RM6,950 terhadap pemilik premis atas pelbagai kesalahan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata notis itu dikeluarkan terhadap dua kilang ais dan 41 hotel bagi tempoh 17 Februari 2025 hingga 3 Mac lalu.

“Pemilik premis ini melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Justeru, semua pemilik premis perlu memastikan kakitangan mereka sentiasa menjaga kebersihan diri sewaktu mengendalikan makanan dan mengambil suntikan anti-tifoid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Peluncuran Kempen Perhati dan Pilih Pasar Ramadan ‘Pelihara Sinar Ramadan Dengan Makanan Selamat’ di Pasar Ramadan Peringgit, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abdul Azis serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi pasar Ramadan pula sebanyak 76 penjaja telah diperiksa sepanjang dua hari Ramadan.

“Setakat ini masih tiada notis kompaun dikeluarkan dan tiada aduan berkaitan keselamatan makanan diterima.

“Penganjur dan pengendali makanan pasar Ramadan perlu memberi kerjasama dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) JKN dipatuhi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post HOTEL MITC ‘BELANJA’ 60 MURID SRA JAIM MERLIMAU PASIR BERBUKA PUASA
Next post BERBUKA DENGAN SAMBAL PETAI UDANG GALAH, BUFET RAMADAN HOTEL MITC TAWAR LEBIH 200 MENU