Sorting by

×

40,000 pengunjung banjiri TMM2024, ambang tahun baharu

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KOTA LAKSAMANA 31 Disember – Kira-kira 40,000 pengunjung membanjiri perkarangan Dataran Pengkalan Rama sempena Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) & Ambang Tahun Baharu 2024, malam ini.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman.

Ketibaan Tun Mohd Ali bersama isteri Toh Puan Asmah kira-kira jam 8.45 malam itu diiringi dengan paluan gendang daripada pelbagai kaum.

Turut mengiringi Tun Mohd Ali, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Abdul Aziz.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan negeri.

Kenamaan yang hadir kemudiannya diiringi oleh 10 lelaki dan 10 wanita yang berpakaian tradisional untuk naik ke pentas utama.

Lebih menarik satu persembahan ‘Selamat Datang’ turut dipersembahkan semasa ketibaan kenamaan.

Majlis seterusnya dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis jemputan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ziana Zain, Siti Nordiana, Zamani, Erni Zakry dan ramai lagi.

Acara kemuncak adalah gimik pelancaran TMM2024 dengan pertunjukan bunga api.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4994
Kongsi :
Previous post 30 Paramedik Komuniti bersiap sedia!
Next post TMM2024 lonjak nama Melaka di mata dunia
Ubah saiz-+=