400 asnaf DUN Pengkalan Batu terima daging korban

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

PENGKALAN BATU 29 Jun – Lebih 400 asnaf di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu menerima agihan daging korban sempena Aidiladha tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata agihan itu dilaksanakan menerusi Program Korban Kelompok yang julung kali diadakan.

Katanya, sebanyak empat ekor lembu telah ditumbangkan pada program berkenaan.

“Alhamdulillah, buat julung kali diadakan program seumpama ini di Japerun Pengkalan Batu, ramai yang menerima manfaat.

“Empat ekor lembu yang disumbangkan oleh individu termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ini dibahagikan kepada 28 bahagian dan akan diagihkan kepada masyarakat dalam DUN ini.

“Program Korban Kelompok ini saya akan angkat menjadi program tahunan dan pada tahun hadapan kita akan cari lebih banyak haiwan korban untuk ditumbangkan supaya semua dapat merasa daging korban ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Gotong Royong Korban Kelompok di Kompleks Japerun Pengkalan Batu, di sini, hari ini.

IMG_20230629_171637_601
KALSOM bersama petugas ketika gotong-royong memasak daging korban di Kompleks Japerun Pengkalan Batu. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti berkata, lebih 60 warga kerja Japerun Pengkalan Batu termasuk Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) setiap kampung dan masyarakat hadir membantu melapah daging korban pada program tersebut.

“Untuk program ini, kita bahagikan kepada dua segmen, segmen pertama untuk kerja-kerja memotong dan melapah daging, segmen kedua iaitu memasak daging korban untuk dijamu kepada petugas.

“Selain dapat meraih pahala, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim masyarakat dalam DUN ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2180
Kongsi :
Previous post Tidak lagi wajib pakai pelitup muka dalam pengangkutan awam, fasiliti kesihatan
Next post Melaka cadang bina rumah transit bantu golongan memerlukan
Ubah saiz-+=