
COVID-19: Senarai berita palsu tular 21 Mei – KKMM
KUALA LUMPUR, 21 Mei — Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.
1. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Chin Zin Hing menafikan dakwaan bahawa oleh kerana tiada ujian saringan COVID-19 dilakukan di Sarawak maka tiada kes baharu dikesan di negeri itu dalam tempoh enam hari berturut-turut. Pihaknya menjelaskan bahawa ujian saringan COVID-19 masih dijalankan seperti biasa walaupun jumlah kes positif di negeri itu mula menunjukkan trend mendatar sejak kebelakangan ini.
2. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan Mohd Faizal Abdul Manap menafikan dakwaan bahawa anggota perubatan berpakaian PPE ada membawa seorang warga emas berkerusi roda yang positif COVID-19 di Wisma Sentosa di Kuala Pilah. Beliau menegaskan sehingga kini tiada kes terbaharu positif COVID-19 di Kuala Pilah dan menjelaskan warga emas yang dimaksudkan merupakan pesakit biasa yang mendapat rawatan di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Views:
Related
Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...


