Sorting by

×

40 termasuk murid sekolah sertai kursus kendali bot penyelamat

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KLEBANG 18 September – Seramai 40 orang awam termasuk individu dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai Program Sesi Kedua Kursus Pengendalian Bot Penyelamat di Klebang, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Seafarer Explorer, Mike Thien berkata kursus tersebut merupakan langkah awal dalam memberi bimbingan kepada orang awam untuk memberi khidmat awal ketika musim banjir.

Beliau yang juga Pengerusi Pegawai Bersekutu Kategori Korporat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka berkata, peserta kursus itu diajar cara mengendalikan bot dan langkah memberi bantuan segera sekiranya pihak berkuasa lambat tiba di lokasi bencana.

Katanya, beliau juga memilih untuk mengajar peserta yang lebih muda seawal usia 10 tahun sebagai galakan dalam memupuk kesedaran untuk memberi bantuan.

“Pada sesi kali ini, kita beri pendedahan kepada peserta untuk menyesuaikan diri dengan bot, cara dan langkah untuk kendalikan iaitu angkat, turun bot tersebut dengan segera.

“Peserta yang hadir juga terdiri daripada individu, ahli badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan bencana banjir.

“Kita di Seafarer ini sudah terlibat lebih 40 tahun dalam pembuatan bot, jadi sudah mahir tentang bot dan menerusi kursus ini, kita harap lebih ramai dapat ilmu kendali bot untuk memberi bantuan awal sekiranya berlaku bencana banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat Program Sesi Kedua Kursus Pengendalian Bot Penyelamat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1807
Kongsi :
Previous post ECRL, projek berskala besar dijangka tidak berdepan kenaikan kos – Wee
Next post 8,330 KRT ditubuhkan di seluruh negara
Ubah saiz-+=