40 peratus tempahan hotel di Melaka adalah pelancong Singapura

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDA HILIR 14 April – Pembukaan sempadan Singapura sejak 1 April lalu membawa limpahan rezeki buat keseluruhan hotel di Melaka apabila menerima tempahan di luar jangkaan.

EXCO Pelancongan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, beliau mendapati kira-kira 40 peratus tempahan diterima disumbangkan oleh pelancong Singapura.

“Kita sudah minta statistik, (bagaimanapun) semua hotel masih sibuk dengan ‘booking’ (tempahan), tapi Hotel Ibis sahaja dapat 40 peratus tempahan dari warga Singapura.

“Ini sesuatu yang baik dan kita dapati peningkatan ‘booking’ itu tinggi, begitu juga dengan hotel lain sekitar 40 peratus tempahan dari warga Singapura.

“Ada sesetengah hotel menjadi kesukaan warga ini boleh mencapai hingga 80 peratus tempahan hotel, ini bukti sektor perhotelan Melaka semakin pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Cenderahati Hari Raya Aidilfitiri kepada Wartawan Bergama Islam di Hotel Ibis di sini, malam tadi.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Jailani Khamis (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Cenderahati Hari Raya Aidilfitri di Coffee House Hotel Ibis, Jalan Bendahara, Melaka. Foto: MR. Azli

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang aduan mengenai permasalahan dihadapi pihak hotel sejak sempadan negara dibuka.

“Bila pihak hotel tak ada hubungi saya bising-bising maksudnya hotel mereka okay lah tu.

‘Insya-Allah hotel kita berada dalam keadaan baik, hotel di Melaka berada pada tahap baik dan tempahan hotel warga Singapura sangat luar biasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

954
Kongsi :
Previous post Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan ‘hisap darah’ rakyat – Bung Moktar
Next post Hospital swasta Melaka berada dalam keadaan baik – EXCO
Ubah saiz-+=