Sorting by

×

40 mangsa banjir di kawasan Sungai Putat dipindahkan akibat banjir

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 17 Mei. – Hujan lebat berlarutan sejak 5 pagi tadi menyebabkan 40 individu yang terperangkap di taman perumahan dan Kampung Sungai Putat berikutan kediaman dinaiki air dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, dekat sini.

ANGGOTA JBPM Melaka membawa seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di rumahnya di Taman Bukit Beruang Utama. Foto-Ihsan JBPM Melaka.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Asraf Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian banjir melanda tiga kawasan perumahan itu kira-kira jam 9.20 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu seramai 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Padang Temu digegaskan ke lokasi kejadian.

ANGGOTA JBPM Melaka melakukan operasi menyelamat mangsa menggunakan bot di Taman Bukit Beruang Utama. Foto Ihsan JBPM Melaka

“Setiba di lokasi kejadian memang benar berlaku kejadian banjir melibatkan Taman Melawis, Taman Taman Kerjasama, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Sungai Putat dinaiki banjir.

“Seramai 40 mangsa didapati terperangkap di kediaman masing-masing di tiga taman dan kampung itu kemudiannya dipindahkan oleh anggota bomba ke PPS SMK Munshi Abdullah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1349
Kongsi :
Previous post DMDI gesa tentera pengaman PBB ke Gaza
Next post ‘Banjir berlaku pantas, air naik paras leher’
Ubah saiz-+=