
4 lokasi SJR di Melaka pantau keselamatan
AYER KEROH 23 November – Bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) dibeberapa lokasi strategik secara penugasan 24 jam.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, seramai kira-kira 20 pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ditugaskan bagi SJR terbabit.
“Di Melaka terdapat empat lokasi yang dikenal pasti membabitkan dua di daerah Melaka Tengah dan masing-masing satu di Jasin serta Alor Gajah.
“Bagaimanapun lokasi SJR ini diadakan akan berubah-ubah mengikut kesesuaian serta keperluan,” katanya.
Beliau berkata, SJR itu sudah bermula semalam sehingga suatu tempoh yang ditetapkan.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pelaksanaan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence atau kehadiran anggota polis dan akan dijalankan secara penugasan 24 jam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...