4 jam pujuk lelaki ‘mental’ cuba bunuh diri atas menara

Masa Membaca:58 Saat

PENGKALAN BATU 2 Julai – Seorang lelaki dipercayai pesakit mental cuba membunuh diri dari atas menara telekomunikasi di Lorong Hj Sabtu, Kampung Bachang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, lelaki berusia 34 tahun yang juga dipercayai penagih dadah itu memanjat ke puncak teratas menara berkenaan sebelum disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

Jurucakap JBPM Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.12 pagi sebelum menggerakkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi, lelaki berkenaan sedang berada pada ketinggian anggaran 45 meter di atas menara.

Anggota bomba kemudiannya bertindak naik ke atas bagi memujuk lelaki berkenaan.

“Kira-kira empat jam masa yang diambil sebelum lelaki itu berjaya dibawa turun pada jam 1.44 petang.

LELAKI berkenaan berjaya dibawa turun pada jam 1.44 petang.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Jurucakap itu berkata, operasi berkenaan tamat pada jam 2.53 petang selepas didapati tiada sebarang unsur bahaya di lokasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1599
Kongsi :
Previous post 71 ‘panic button’ dipasang di Mahkota Parade
Next post Bekalan minyak masak peket pulih dalam masa terdekat – KPDNHEP
Ubah saiz-+=