KPDNHEP pantau harga ayam tidak menentu

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

PERINGGIT 8 Sept – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan notis untuk menyiasat punca kenaikan harga pasaran ayam yang tidak menentu di negeri ini.

Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar berkata, empat notis akan dikeluarkan kepada tiga pengilang satu pengimport berhubung isu kenaikan harga ayam hingga menimbulkan rungutan pembeli.

Ujarnya, Notis Barangan Atau Perkhidmatan dan Notis Bertulis di Bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan dikeluarkan bagi menjejaki punca kenaikan harga itu daripada pengesahan kos pengoperasian dan jualan mereka selama tiga tahun dan membandingkannya dalam kenyataan tahun kewangan pengilang dan pengimport terbabit.

“Malah, pada minggu ini KPDNHEP akan menggerakkan lima pasukan membabitkan 30 penguat kuasa untuk menyiasat punca permasalahan ini di setiap rantaian penjual ayam di Melaka.

“Kita akan menyiasat di 13 lokasi pada minggu ini dengan serentak untuk melihat harga yang dikenakan di setiap peringkat rantaian jualan ayam dari penternak, peladang, pembekal dan peruncit sebelum sampai ke pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan operasi pemantauan harga barangan bersama Exco Pengguna, Datuk Wira Ar Ismail Othman di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Menurutnya, kemungkinan kenaikan ayam mendadak disebabkan ada peniaga mengambil kesempatan terhadap permintaan bekalan terbabit berikutan pertukaran fasa kedua yang membenarkan makan di kedai dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kita dapati harga ayam termurah setakat ini adalah RM5.99 sekilogram dan tertinggi ialah RM9.80.

“Isu (kenaikan harga) ini juga memberi kesan kepada kenaikan harga telur di pasaran hari ini,” katanya.

Beliau berkata, KPDNHEP negeri juga sedang merangka kaedah bagi membantu jualan terus daripada penjual kepada pembeli tanpa menggunakan orang tengah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

551
Kongsi :
Previous post Melaka naib johan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2021
Next post 13 individu ditahan bantu siasatan samun kedai emas
Ubah saiz-+=