Sorting by

×

384 ASNAF DUN PENGKALAN BATU TERIMA SUMBANGAN PERSEDIAAN RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PENGKALAN BATU 11 Februari – Seramai 384 asnaf sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu menerima sumbangan persediaan Ramadan, hasil inisiatif dilaksanakan Majlis Agama Islam Melaka.

Bantuan tunai itu disampaikan pada Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan Zakat Fitrah dan Pengagihan Wang Fidyah Kepada Asnaf Fakir dan Miskin MAIM DUN Pengkalan Batu di Dewan Japerun, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai inisiatif itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata, keseluruhan sumbangan yang disampaikan adalah berjumlah RM215,850.

Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, berkata berdasarkan rekod 377 penerima dikategorikan asnaf miskin, sementara itu tujuh lagi adalah asnaf fakir.

“Ada peningkatan jumlah penerima tahun ini, bagi 2024 rekod keseluruhan fakir dan miskin di DUN Pengkalan Batu hanya seramai 342 orang. Daripada jumlah itu tujuh penerima adalah asnaf fakir dan 335 asnaf miskin.

“Menerusi bantuan dan sumbangan persediaan menyambut Ramadan ini, kita harapkan sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban penerima. Semoga mereka bersemangat untuk melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Penyerahan sumbangan kepada penerima turut disaksikan Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata nilai sumbangan yang diberikan ditingkatkan selepas MAIM mengambil kira kenaikan harga kos barangan keperluan semasa.

“MAIM telah menetapkan pengagihan Zakat Fitrah dan Fidyah dengan penerima asnaf fakir menerima sebanyak RM400 setiap ketua isi rumah dan isi rumah fakir tersebut akan menerima tambahan RM100 setiap seorang.

“Manakala asnaf miskin menerima sebanyak RM250 setiap ketua isi rumah dan setiap isi rumah miskin akan menerima tambahan RM100 setiap seorang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

83
Kongsi :
Previous post DISYAKI PUKUL ANAK, PEKERJA KANTIN DIREMAN BANTU SIASATAN
Next post KEBAJIKAN GURU JAIM SENTIASA JADI KEUTAMAAN