
38 murid pra-sekolah di Alor Gajah dijangkiti HFMD
BANDARAYA MELAKA 24 Mei – Jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Melaka dilapor turut membabitkan 22 buah Sekolah Kebangsaan (SK).
EXCO Pendidikan, Datuk Rais Yasin berkata, sebelum ini HFMD dilapor membabitkan Tadika dan Taska sahaja namun penularan kini sudah dikesan di peringkat murid pra-sekolah.
“Tumpuan diberikan kepada sekolah rendah di Daerah Alor Gajah berikutan merekodkan jumlah kes tertinggi di Melaka setakat ini.
“Daripada jumlah itu seramai 38 murid pra-sekolah di 21 sekolah rendah di Alor Gajah dilaporkan dijangkiti HFMD manakala satu lagi kes di Melaka Tengah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Rais berkata, setakat ini sekolah rendah di Jasin belum mencatatkan sebarang kes jangkitan HFMD.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BUFET RAMADAN HOTEL DI MELAKA SELAMAT, TIADA YANG DIARAH TUTUP
AYER KEROH 6 Mac - Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem menafikan laporan mengaitkan penutupan...
KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB ASNAF, INSTITUSI AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 6 Mac - Kebajikan asnaf dan institusi masjid serta surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
AYER KEROH 6 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan pemantauan di beberapa premis makanan yang dipercayai menjual makanan...
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...