
36 mangsa banjir Alor Gajah dipindahkan ke PPS
ALOR GAJAH 27 Oktober – Seramai 36 mangsa banjir di daerah ini kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) apabila kediaman mereka tidak selamat diduduki selepas dinaiki air.
Sekretarian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada sembilan keluarga kini ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar.
“Susulan hujan lebat berterusan pada awal pagi tadi, lima kawasan terjejas di Alor Gajah iaitu di Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kampung Sungai Siput dan Pengkalan.
“Akibat bencana itu, mangsa banjir dijangka meningkat dan sebuah lagi PPS dibuka di Balai Raya Kampung Gadek dibuka yang mana ia kini dalam proses pendaftaran,” katanya.
Menurut beliau, pemantauan berterusan masih diteruskan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan terjejas serta sungai berdekatan.

Malah, ujarnya, pemantauan dan pemindahan mangsa banjir turut mendapat bantuan pasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah Alor Gajah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...