
36 kawasan dijangka alami gangguan bekalan air
AYER KEROH 23 Nov – Sebanyak 36 kawasan di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan cucian pulsator di Loji Air Bertam.
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menerusi kenyataannya memaklumkan gangguan bekalan itu dijangka berlaku antara jam 10 pagi hingga 10 malam 23 November (Selasa).
Kerja penyelenggaraan itu akan menyebabkan sebahagian kawasan mengalami gangguan bekalan atau menerima tekanan air rendah.
Pihak SAMB menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air yang secukupnya selain SAMB juga mengambil segala usaha untuk mempercepatkan kerja-kerja cucian.
36 lokasi itu membabitkan 30 kawasan di Alor Gajah dan enam di Melaka Tengah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...