36 guru di Melaka masih belum divaksin

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PAYA RUMPUT 23 Dis – Seramai 36 guru di negeri ini telah dikenal pasti tergolongan dalam kalangan mereka yang masih enggan menerima suntikan vaksin COVID-19, kata EXCO Pendidikan Datuk Rais Yasin.

Beliau berkata, walaupun angka itu tidak banyak, namun beliau berharap agar kumpulan ini dapat membuat keputusan sebaiknya demi kesihatan anak murid masing-masing.

“Keseluruhan guru di negeri ini seramai 13,800 orang dan daripada jumlah itu seramai 36 masih enggan menerima vaksin.

“Awalnya, dianggarkan kira-kira 80 guru yang belum divaksin termasuk 36 individu ini tetapi selebihnya mempunyai masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Hari Natal kepada 50 individu kurang bernasib baik di Dewan Paya Emas, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya yakin Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan berusaha sehabis baik, termasuk memberi kaunseling kepada golongan ini agar bersetuju untuk menerima vaksin.

Dalam perkembangan lain, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput memaklumkan masalah banjir di kawasan Krubong kini beransur baik.

Katanya, masalah yang membelenggu beberapa kawasan seperti Kampung Tanah Merah dan Kampung Lanjut Manis dijangka dapat diatasi selepas kerja pembinaan tebing Sungai Lanjut Manis di Krubong dilaksanakan.

“Saya yakin masalah ini dapat diatasi dan diberikan sedikit masa malah EXCO Pengurusan Banjir juga telah turun bersama untuk menangani isu banjir di Krubong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1290
Kongsi :
Previous post M-WEZ ambil perhatian segala bantahan babit projek tebus guna tanah
Next post Warga emas di Melaka masih kurang ambil dos penggalak
Ubah saiz-+=