Sorting by

×

36 banduan bebas sehari sebelum merdeka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PAYA RUMPUT 30 Ogos – Seramai 36 banduan dari Penjara Sungai Udang, di sini, terpilih dan dibebaskan awal menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL), hari ini.

Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Penolong Kanan Komisioner Penjara Mohd Hafizey Yahaya berkata, jumlah itu menjadikan seramai 282 banduan telah dibebaskan menerusi program berkenaan sejak Januari lalu.

Katanya, kesemua 36 yang terpilih untuk program berkenaan adalah mereka yang menjalani hukuman penjara kurang dari tempoh tiga tahun.

Ia sekali gus menjadikan mereka kumpulan pertama yang dibebaskan menerusi PBSL berbanding syarat sebelum ini yang hanya diberikan kepada banduan menjalani hukuman penjara kurang setahun.

“Daripada 36 yang dibebaskan, enam akan pulang ke pangkuan keluarga, 25 lagi akan ditempatkan di rumah perantaraan manakala bakinya akan mengikut majikan di bawah program ‘Corporate Smart Internship (CSI).

“Kebanyakkan yang dibebaskan ini adalah disabitkan dengan kesalahan dadah malah ada juga kes kecurian yang berusia antara 22 hingga 50-an,” katanya.

WhatsApp Image 2023-08-30 at 16.12.51
Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Penolong Kanan Komisioner Penjara Mohd Hafizey Yahaya

Menurutnya, sehingga Januari hingga 20 Ogos lalu juga seramai 70 banduan yang dibebaskan menerusi PBSL diterima bekerja di bawah CSI.

“Dalam mendapat majikan untuk banduan di bawah CSI kita turut bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan ia amat membantu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1165
Kongsi :
Previous post Semangat merdeka Orang Asli Melaka
Next post TMM2024: Kompleks mahkamah lama jadi pusat pengumpulan sejarah
Ubah saiz-+=