Sorting by

×

‘Berlatih di Melaka boleh dapat emas Olimpik’ – LCW

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

LEGENDA badminton negara yang juga bekas pemenang pingat perak Olimpik, Datuk Lee Chong Wei mencuri perhatian di media sosial hari ini.

Ia apabila beliau memberikan kata-kata semangat kepada pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia yang tersingkir di pusingan 16 terbaik Olimpik Tokyo 2020 apabila tunduk kepada pemain China yang juga juara bertahan, Chen Long.

Paling mencuri tumpuan ialah pesanan terakhirnya dalam hantaran itu yang meminta Zii Jia mencari tempat latihan di Melaka.

“Maybe (mungkin) lepas ini, (boleh) cari tempat training (berlatih) dekat Melaka.

“Dengar kata training (berlatih) dekat situ boleh dapat emas Olimpik,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Difahamkan kata-kata, itu merujuk kepada kejayaan atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz yang meraih pingat emas acara wanita 55 kilogram (kg) baru-baru ini.

Diaz, anak jati Zamboanga, Mindanao mencetus sensasi apabila hanya berlatih di sebuah garaj kereta di Kampung Kesang Tua, Jasin sebelum muncul atlet pertama Filipina merangkul emas dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Chong Wei bersikap sinis atau bergurau mengenai pesanan itu.

Dalam hantaran sama, Chong Wei turut mengingatkan Zii Jia agar tidak kecewa dengan kegagalan pada temasya kali ini.

Beliau menzahirkan kepercayaan, anak muda kelahiran Kedah itu mampu bangkit dan mengharumkan nama negara suatu hari nanti.

“Lee Zii Jia , usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.

“Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha.  Next Olympic tiga tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya ditangguhkan,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1338
Kongsi :
Previous post Anak Melaka lanjut pengajian di Al-Azhar terima sumbangan KM
Next post 2 kakitangan PKD Jasin didakwa tipu pembayaran tidak wujud hampir RM10,000
Ubah saiz-+=