340kg sampah di pesisir pantai Perkampungan Portugis dibersihkan

Masa Membaca:54 Saat

TELOK MAS 9 Disember – Sebanyak 340 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip di sepanjang pesisiran pantai Kampung Portugis, Ujong Pasir, di sini pada program pembersihan yang dianjurkan kumpulan penyokong alam semula jadi Melaka, ‘Sungai Project’, 4 Disember lalu.

Program yang mendapat kerjasama Save Portuguese Community Action Committee (SPAC) serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu turut disertai peserta berbilang bangsa termasuk pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan pelancong luar negara.

Menurut Pengasas Sungai Project yang juga ahli biologi marin, Maria Marcos, pemilihan Kampung Portugis sebagai lokasi program adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menjaga ekosistem alam semulajadi, khususnya laut di Melaka yang berpotensi diancam pencemaran.

“Kita sebagai rakyat Melaka perlu bertanggungjawab membetulkan persekitaran dan alam semulajadi yang semakin diancam kemusnahan.

“Pembersihan pantai ini adalah cara terbaik untuk kita menentang aktiviti pencemaran laut dan melakukan protes dengan cara paling aman,” katanya.

Sepanjang dua jam program itu berlangsung, antara sampah yang berjaya dikutip peserta ialah sisa makanan, bekas makanan, kertas, plastik, tayar terbiar, botol dan pukat hantu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1967
Kongsi :
Previous post Polis Melaka tahan 746 individu edar dadah tahun ini
Next post 20 kertas siasatan PRU15 diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri
Ubah saiz-+=