Sorting by

×

34 juadah jamu 8,000 tetamu rumah terbuka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PANTAI KUNDOR 19 April – Sebanyak 34 juadah tradisional dan hari raya disediakan untuk pengunjung pada Jamuan Rakyat Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, malam tadi.

Sambutan yang diadakan di padang petanque bersebelahan Kompleks Japerun Pantai Kundor itu berlangsung dalam suasana cukup meriah apabila dihadiri lebih 8,000 tetamu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hasim berkata, sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan sebaik majlis bermula pada jam 8 malam.

Malah, beliau turut bersyukur apabila majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman, bersama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

“Istimewanya, tahun ini kita memperkenalkan juadah ubi kayu rebus bersama sambal tumis yang mana kita telah membawakan satu tan ubi kayu dari Johor untuk dijamukan kepada tetamu.

“Malah, pelbagai lagi juadah lain turut disediakan yang mana untuk tahun ini, kita telah menambah lagi kuantiti juadah yang mana kebanyakannya disediakan sendiri oleh pemimpin sayap di bawah DUN Pantai Kundor dan Parlimen Tangga Batu.

“Semua ini kita lakukan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan di antara rakyat dengan pemimpin di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

244
Kongsi :
Previous post Buang sampah merata-rata, MBMB keluar 52 kompaun
Next post Fokus tiga sektor perkukuh hubungan baik Melaka-China
Ubah saiz-+=