Sorting by

×

3,351 individu tidak lagi menganggur

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 16 Dis. – Seramai 3,351 individu berjaya mendapat pekerjaan di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja, PenjanaKerjaya dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di negeri ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) negeri, Abd Razak Omar berkata, angka itu direkodkan daripada jumlah keseluruhan 99,252 individu dari seluruh negara yang telah mendapat pekerjaan.

“Bagi kategori majikan pula, di Melaka terdapat sebanyak 2,437 majikan yang berdaftar dan berjaya menggajikan pekerja selain jumlah kekosongan semasa sebanyak 269 perjawatan.

“Ramai diluar sana masih tidak faham dan saya harap mereka dapat merebut peluang inj dengan mengambil pekerja di bawah skim tersebut seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri supaya kita sama-sama memulihkan ekonomi negara dengan mengambil pekerja baharu,” katanya.

Beliau  berkata demikian di sidang media pada Majlis Santunan Orang Berinsurans (OB) ‘Return To Work’ (RTW) dan Simbolik Penyampaian Cek PENJANA Kepada Majikan MYH Petromart, di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali pada Rabu lalu ketika pembentangan Belanjawan Melaka 2021 mengumumkan insentif berjumlah RM600 hingga RM1,000 diberikan kepada majikan yang menggaji perantis dan penganggur termasuk golongan OKU serta tenaga kerja berusia.

Mengulas lanjut Abd Razak berkata, pihak menyarankan agar majikan di negeri ini supaya mengambil peluang terbabit selain Insentif Pengambilan Pekerja tempatan dalam golongan mudah terjejas khususnya orang kelainan upaya (OKU) dan peserta Program Return to Work adalah antara kategori Insentif PenjanaKerjaya.

“Sehingga semalam, terdapat 143 kes OB telah dibantu dalam Program RTW dan kembali semula bekerja sama ada dengan majikan sama ataupun berlainan,” katanya.

Terdahulu, pada program itu Abd. Razak menyampaikan replika cek kepada pemilik MYH Petromart kerana menggajikan OB.

Views:

602
Kongsi :
Previous post Agong isytihar darurat di Parlimen Gerik dan DUN Bugaya
Next post Penghantar makanan e-hailing diminta carum SKSPS
Ubah saiz-+=