
33 mangsa banjir di Jasin masih belum pulang
JASIN 10 Mac – Seramai tujuh keluarga membabitkan 33 mangsa masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu.
Menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, pemindahan semua keluarga itu susulan hujan lebat berterusan kelmarin sehingga menjejaskan kediaman mereka.
Katanya, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS terbabit berkurangan daripada 43 kepada 33 mangsa setakat jam 7 petang tadi.
“Tiga puluh tiga mangsa itu membabitkan seramai tujuh keluarga.
“Antara kampung yang terjejas banjir adalah Kampung Parit Penghulu, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Lanchang,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...