310 jemaah Melaka bakal tunai haji

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KRUBONG 21 Mei – Seramai 310 jemaah di negeri ini layak menunaikan haji tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata jumlah itu adalah daripada 410 tawaran yang dibuka bagi kuota negeri Melaka tahun ini namun pihaknya menjangkakan akan bertambah sehingga 500 jemaah dalam masa terdekat.

Katanya, jemaah haji berkenaan itu adalah kumpulan pertama yang akan berangkat pada 4 Jun depan.

“Di Melaka seramai 310 jemaah diluluskan untuk menunaikan ibadah tersebut.

“Saya lihat jemaah haji semuanya sudah siap sedia selepas dua tahun tidak dapat tunaikan haji.

“Saya nasihatkan supaya jaga kesihatan waktu ini, walaupun ada dua minggu lagi kita tak tahu kesihatan macam mana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji Musim Haji 1443 Hijrah di Masjid Cina Krubong di sini, hari ini.

Hadir sama EXCO Pendidikan Negeri, Datuk Rais Yasin dan lain-lain kenamaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Dalam pada itu, Sulaiman turut mendoakan agar semua jemaah mendapat haji yang mabrur.

“Yang penting rukun haji dapat diselesaikan dengan baik, saya doakan mereka agar dapat haji mabrur dan sentiasa patuh dan disiplin semasa menunaikan ibadah.

“Kalau boleh kawal marah kita, kalau sakit jangan kita biarkan kita ada sediakan klinik di bawah seliaan Tabung Haji.

“Malaysia adalah jemaah haji yang terbaik dan menjadi contoh kepada jemaah Islam di negara yang lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

838
Kongsi :
Previous post KPWKM akan teliti penutupan taska, tadika untuk elak penularan HFMD
Next post Hanya 60 pesakit ‘spinal muscular atrophy’ berdaftar dalam persatuan
Ubah saiz-+=