Sorting by

×

306,803 individu lengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

KUALA LUMPUR 6 April – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan seramai 306,803 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat semalam.

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 523,233 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini berjumlah 830,036.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan dalam laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata, Selangor kekal sebagai negeri tertinggi menerima suntikan dos pertama vaksin iaitu sebanyak 72,666, diikuti Sarawak (54,344) dan Perak (51,149).

Sabah pula merekodkan 47,071, Kuala Lumpur (46,179), Johor (43,917), Pahang (34,836), Pulau Pinang (33,964), Kedah (31,324), Terengganu (25,828), Negeri Sembilan (25,248), Kelantan (23,470), Melaka (14,885), Perlis (9,863), Putrajaya (5,684) dan Labuan (2,805).

Sementara itu, Selangor turut mencatat jumlah individu paling ramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 iaitu 38,005, diikuti Perak (32,132).

Sementara itu, Sarawak mencatatkan 27,645, Kuala Lumpur (28,005), Sabah (30,198), Pahang (24,373), Johor (23,643), Kedah (19,925), Kelantan (16,192), Pulau Pinang (17,483), Terengganu (14,987), Negeri Sembilan (12,921), Melaka (8,027), Perlis (6,820), Putrajaya (4,115) dan Labuan (2,319).

Dalam pada itu, Dr Adham berkata jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah seramai 8,000,582 atau 33.00 peratus dengan Selangor kekal merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,175,681 pendaftaran diikuti Johor (1,021,246), manakala Labuan terendah (25,952).

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula 19 April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.

Sementara fasa ketiga yang dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

329
Kongsi :
Previous post MUFC bakal diambil alih pemilik baharu
Next post ESSCom tahan 22 warga asing Indonesia di Tawau
Ubah saiz-+=