Sorting by

×

30,000 SAMBUT AMBANG MERDEKA DI MERLIMAU

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

MERLIMAU 31 Ogos – Lebih 30,000 pengunjung membanjiri Dataran Orang Kampung, Merlimau sempena Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2024.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati orang ramai sudah mula hadir ke dataran terbabit seawal jam 5 petang tadi bagi bersama-sama meraikan detik negara menyambut kemerdekaan ke-67 tahun.

Sambutan itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama isteri, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad serta Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Turut hadir, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh serta barisan Timbalan Exco dan kenamaan lain.

Pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datuk Nash; Wani Hasrita dan ramai lagi.

Sambutan Ambang Merdeka di Dataran Orang Kampung itu merupakan julung kali dianjurkan di luar dari kawasan Bandar Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2419
Kongsi :
Previous post MAIM BIAYA RAWATAN DIALISIS UNTUK 240 ASNAF
Next post LAUNGAN MERDEKA GEMAKAN DATARAN ORANG KAMPUNG
Ubah saiz-+=